Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 5-Apr-2006 04:43
Le Tour d'Jenan II 31 March-01 April, 2006
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 31hb Mac, 2006 lepas, JenobaRC telah meluangkan masa untuk bersama-sama dengan warga jenan di bumi jenan dengan mengadakan klinik dan perlawanan persahabatan menentang pasukan SMSAH.

Le Tour D’Jenan pada tahun ini yang masuk sessi kedua ini dikendalikan oleh seorang bekas pelajar yang juga pemain rugby di Welsh Asda League, Liga Rugby Wales, yang kebetulan pulang bercuti ke Alor Setar dan disertai oleh lebih kurang 15 orang bekas pelajar.

Klinik bermula seawal pukul 9.00 pagi pada 31hb. Bertempat di gymnasium sekolah, Taufiqurrahman Hj Shamsudin bebas bercerita mengenai pengalaman sepanjang bermain di tempat orang. Menggunakan slide dan projekter, beliau terus memberi tunjuk ajar serta mengajar teknik-teknik asas kepada lebih 20 orang pelajar SMSAH yang turut serta dalam sessi kali ini. Respon yang cukup baik ditunjukkan oleh para peserta. Makan tengahari pada hari itu disediakan oleh pihak sekolah. Kesempatan makan bersama di dewan makan sekolah pastinya menggamit seribu kenangan lama.

Selepas solat asar dan solat Jumaat sebelum itu di masjid Muadzam Shah, JenobaRC kemudiaannya berkumpul di padang bagi sessi klinik di padang pula. Sekali lagi kami dikejutkan dengan kehadiran lebih dari 50 orang pelajar yang turun menyertai sessi kali ini. Mereka rata-rata dari tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 4. Tidak banyak yang diperturunkan pada sessi kali ini kerana kesuntukan masa. Para peserta diberikan sedikit latihan kecergasan dan kemudiannya diikuti oleh latihan teknikal. Selain ilmu rugby, para peserta juga diajar semangat integrasi dimana para peserta telah digabungkan tanpa mengira umur dan tingkatan.

Pada malam hari, aktiviti bebas dijalankan. Kesempatan ini diambil oleh para pemain JenobaRC untuk melawat tempat-tempat yang biasa dikunjungi pada masa yang lalu. Char Kuey Teow serta Kuey Teow Yob menjadi santapan pada malam itu. Gerai-gerai di Jalan Stadium juga dikunjungi.

Sabtu 1hb, seawal pagi jam 9, JenobaRC turun bersama para pelatih menuju ke padang. Di suatu sudut yang lain di padang, perlawanan persahabatan antara JenobaFC menentang pasukan SMSAH. Pasukan yang dikendalikan oleh saudara Mohd Ezri dan turut disertai oleh pemain jemputan iaitu bintang bolasepak Kedah yang tidak asing lagi suatu ketika dahulu, saudara Mohamad Ramli. Bagi JenobaRC, latihan tetap berlangsung. Pada kali ini, JenobaRC lebih menekankan kepada tektikal dan membaca permainan.

Jam 5 petang, para pemain JenobaRC semakin ramai. Mereka yang tinggal sekitar Kedah, mula berkumpul sekitar jam 4 petang. Bermula dengan regangan dan sessi memanas badan, JenobaRC mencuba beberapa set-piece. Sehingga jam 5.30 petang, pasukan SMSAH masih tidak muncul. Mengingatkan bahawa hari ini adalah April Fool, JenobaRC kemudiannya lega apabila kelibat para pemain SMSAH kelihatan.

Perlawanan bermula sekitar jam 5.30 dengan kehadiran lebih 100 para penonton. Keadaan menjadi gamat apabila pasukan SMSAH berjaya membuat try yang pertama. JenobaRC sekali lagi dikejutkan dengan try pasukan tuan rumah 5minit kemudiannnya. Menyedari JenobaRC di dalam keadaan tertekan, Taufiqurahman kemudiannya menyusun kembali pasukan. Selepas suku pertama, JenobaRC yang banyak bermain di bahagian forward, telah berjaya mendapatkan satu try.

Kemasukan bintang SMSAH sekitar tahun 2004 yang juga bekas pemain Sekolah Bukit Jalil, saudara Mohd Rozaimi bin Endut, memberikan peningkatan kepada pasukan JenobaRC. Beliau telah berjaya mendapatkan satu try dan perlawanan kembali seimbang. Kedua-dua pasukan terikat dengan jumlah jaringan yang sama. Masing-masing kerap mengatur serangan demi serangan. Namun pada suku akhir terakhir, pasukan SMSAH berjaya mencuri peluang apabila berjaya membuat satu larian kencang di penjuru sebelah kiri lawan dan berjaya mendapatkan satu try. Namun conversion yang diambil tidak seperti yang dirancangkan menjadikan perlawanan berakhir dengan pasukan SMSAH mengalahkan pasukan JenobaRC 19-14.

Walaupun program berakhir secara rasmi pada malam tersebut dimana beberapa para pemain JenobaRC mula beransur pulang, namun beberapa para pemain yang masih ada, telah mengambil kesempatan yang ada untuk melakukan ziarah dan kunjungan kepada insan-insan yang masih diingati. Pada kali ini, JenobaRC telah melawat rumah Mak Nah, seorang wanita tua yang telah menjadi pengunjung SMSAH saban setiap hari sekitar tahun 70-an hinggalah tahun 90-an. Beliau ketika itu, membawa kuih muih untuk dijual di dalam SMSAH. Salah seorang dari pemain berasa terharu dan lega kerana hajat beliau untuk melunaskan hutang kuih 15 tahun yang lalu, tertunai juga. Para pemain beransur pulang selepas itu.

JenobaRC ingin menyampaikan salam dari warga Jenan kepada semua bekas pelajar yang ada. Perkhabaran kurang baik dari SMSAH dimana seorang tenaga pengajar iaitu cikgu Bashah telah mengalami stroke dan tidak dapat bergerak mahupun bercakap. Para bekas pelajar bolehlah mengunjungi beliau di kediaman beliau di Jitra. JenobaRC juga dikejutkan dengan satu lagi berita sedih iaitu seorang tenaga kerja SMSAH suatu ketika dahulu telah pulang kerahmatullah beberapa bulan yang lalu. Beliau adalah Allahyarham Abdul Razak (Pak Guard Razak). Marilah kita menghadiahkan bacaan al-fatihah kepada roh Allahyarham. Terdapat juga rintihan dan permintaan dari para pelajar perempuan SMSAH. Mereka memohon dan meminta jika ada dikalangan para bekas pelajar yang dapat datang ke sana untuk mengadakan perlawanan-perlawanan yang dapat membabitkan penyertaan para pelajar perempuan.

Apapun, program ini pasti tidak akan berlangsung dengan sempurna tanpa persetujuan dari pihak SMSAH. JenobaRC mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengetua kerana telah memberikan kebenaran untuk berkeliaran dan bermalam di bumi Jenan. Juga kepada cikgu Bakar yang telah bertungkus lumus menguruskan pasukan sepanjang program di sana.

Ucapan terima kasih dan syabas juga ditujukan kepada para pemain bekas pelajar yang sudi meluangkan masa untuk program sebegini. Tahniah diucapkan. Tidak dilupakan, para pemain sebuah pasukan rugby hebat di Lembah Kelang, Racoon Rugby Club yang turut sudi bersama. Juga kepada para bekas pelajar yang hadir menyaksikan perlawanan dan turut sama meramaikan majlis.

Pada program kali ini, JenobaRC tampak seri dengan baju tshirt tajaan bekas pelajar yang kini adalah seorang kontraktor binaan yang berjaya di Kelantan iaitu saudara Mohd Azman bin Yasa’. Terima kasih di atas tajaan pihak tuan. Mudahan mendapat rezeki yang melimpah pada masa akan datang.

Terima kasih kepada para pelajar serta para pemain SMSAH yang telah menunjukkan semangat sukan yang cukup tinggi. Tidak dapat dilupakan layanan dan respons yang telah diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga skuad rugby SMSAH beroleh kejayaan di masa-masa akan datang.

Akhir sekali, kepada mereka yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak sepanjang program juga termasuk mereka yang terlibat sepanjang perancangan serta persediaan sebelum berlangsungnya program.

Salam Jenan.

Para pemain JenobaRC Le Tour d'Jenan II

1. Syahril Nizam bin Shamsudin SMSAH’93
2. Faizal Shah bin Mohd Said SMSAH’94
3. Taufiqurrahman hj Shamsudin SMSAH’94
4. Suhardi bin Abdul Rahman SMSAH’94
5. Firdaus bin Mohd Noor SMSAH’96
6. Zulhusni bin Mohamad Rashid SMSAH’98
7. Mohd Zulhelmy bin Hishamuddin SMSAH’02
8. Nazrul Azri bin Zambri SMSAH’02
9. Zulfariezi bin Che Kob SMSAH’04
10. Mohd Rozaimi bin Endut SMSAH’04
11. Muhammad Zakuwan Bin Haron SMSAH’05
12. Muhammad Zaki Bin Mohamud SMSAH’05
13. Muhammad Hanis Izdihar Bin Zakaria SMSAH’05
14. Imran Bin Abd Halim Zaki SMSAH’05
15. Izzat Bin Baharun Naim SMSAH’05
16. Mohamad Zulhilmi Bin Abdullah SMSAH’05
17. Mohd Farhan Bin Ramli SMSAH’05
18. Mohd Izzuddin Bin Mohd.Subli SMSAH’05
19. Muhammad Syafiq Bin Mustaffa SMSAH’05
20. Ahmad Ridzwan Bin Saaduddin SMSAH’05
21. Adri Hazwan bin Ahmad Raccoon Rugby Club
22. Tengku Mohd Rafaie bin Tengku Abdul Rahim Raccoon Rugby Club

Nik Jeffry bin Zakaria SMSAH’94 Tukang Ambik Gambaq

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.